Sunday, 24 June 2012
arak dan susu
assalamaualaikum. kat dunia ni, kita diberi pilihan, sama ada mahu kebaikan atau pun keburukan. ape2 pun, kita laj yg memilihnya. hari ini aku pergi ke masjid Azim, PI, utk mghadiri program marathon ceramah satu hari yg dibuat oleh masjid ini, sempena persediaan untuk menyambut Ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi.
kalo nak diikutkan hati, mahu je aku pergi dari pagi lagi, tapi, apakan daya, exam aku bakal menghadapi Profesional exam, huhuhuhu... banyak lagi yang tak sempat baca, alahai nasib badan, tanggung la sendiri, sape suruh tak buat preparation awal2 lagi..
back to the story, walaupun hanya setengah jam sahaja yang aku mampu hadiri, banyak input yang aku dapat. pertama sekali, tentang pilihan.. kat atas dunia ni kita memang diberikan pilihan, mahu susu atau mahu arak? susu hanya Allah yang boleh buat, x ada manusia yang mampu cipta susu, tp, arak ni, manusia pon boleh buat, only fermentation of fruits juice.. begitu jualah dengan kebaikan, dan keburukan, kita mampu memilih perkara yang baik, tp, hanya kerana sedikit godaan daripada syaitan, kita tersasar daripada landasan yang benar.
antara perkara yang menarik perhatian aku semasa dimasjid tadi, aku ternampak seorang kanak2 perempuan yang memakai baju kurung warna pink serta bertudung.. huh, cantik sekali, aku terfikir, adakah aku mampu untuk mendidik bakal anak aku suatu hari nanti, agar dia menjadi seorang manusia yang mukmin serta mukminah? adakah aku mampu menjadi seorang bapa yang soleh? mampukah aku mendidik bakal isteriku agar menjadi seorang isteri yang mithali? Allah, kurniakankan aku seorang isteri yabg solehah, serta zuriat yang soleh, agar dapat membimbing ku ke syurga Mu yang abadi.
akhir kalam, berusahalah wahai diri ini, agar suatu hari nanti kamu mampu berada disamping orang yang soleh. caiyok2 untuk final exam. insyaallah kami semua akan berjaya.. All the best GEN 05.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment